12.7.13

Crisis Identity

Haritu 3 orang sahabat sibuk bersiap-siap nak ke kenduri kahwin kakak seorang lagi sahabat
Dari rumah lagi dah sibuk berwechat bebudak ni nak beli hadiah untuk pengantin
Aku sebenarnya tak paham ritual bagi hadiah bagi duit kat pengantin atau mak bapak dia
Ini semua pada aku adat Melayu yang renyah tu
Dalam agama Islam sendiri takde plak sebut benda-banda ni
Kenduri tu dekat sebuah dewan di Sungai Siput
Sebelum ke dewan majlis tu, tiga sahabat ni singgah ke TF Mart
Satu-satunya pasaraya yang ada kat pekan tu selain The Store yang dah usang
Cari punya cari mereka sepakat nak beli mesin basuh
Amboi!
Kesudahannya mereka suruh adik yang kerja kat situ balut hadiah
Sebuah heater akhirnya berjaya dibeli dengan harga RM19.90 dikongsi duit tiga orang
Semasa nak keluar dari pasar raya tu, seorang sahabat lelaki bertanya sahabat perempuannya
"Wei, kalau kamu, kamu sanggup tak hidup bermadu?"
"Eii tak endak aku. Mintak simpang"
"Aku pun tak sanggup"
"Erk"

       *                                                             *                                                                *

No comments:

Post a Comment