11.7.13

Kisah Azam dengan kucing

Nak dijadikan cerita 3 orang sahabat dah bercadang nak overnight di Ipoh

Semua sebab nak pergi ke Pasar Karat Ipoh aka Loken besok paginya
Jadi hari Sabtu dah bergerak ke Ipoh pada pukul 11 malam untuk tonton midnight movie
Selepas habis movie, berjalan tanpa arah sekitar Ipoh
Kacau bapok, bershisha sampai ke pagi
Pukul 5 pagi lepak di Padang Polo untuk tidur dalam kereta
Pukul 6 pagi gerak ke Loken
Lepastu rasa lapar
Gerak terus ke Nasi Ganja seawal 9 pagi. Gila tak pernah dibuat perut makan nasi seawal pagi tu
Sebelum turun kereta, Azam nampak ada kucing tengah usha dia
Tiba-tiba dia jadi bengang
Aku tak habis parking lagi kereta dia dah bukak pintu pergi marah kucing tu
"Kamu usha-usha aku kenapa? Aku ada buat salah kat kamu ke babi? Tengok tu, tengok-tengok aku lagi"
Aku dengan Amir dah mengekek terlayankan perangai sawan babi Azam ni
"Hoiiiiii tengok-tengok apa?" kata Azam kepada kucing yang usha dia
Kami gerak makan terus. Semua makan licin sampai jilat pinggan
Sedap nikmat nasi ganja ni
Balik nak menuju kereta, kucing tu ada lagi kat situ
Usha Azam lagi macam tak puas hati
"Hoiii,kamu pandang apa lagi? Tak puas hati ke? Biaseeeee tu"
Kucing tu menyorok bawah kereta depan tapi masih usha Azam

           *                                               *                                                            *

No comments:

Post a Comment